Tuesday, August 19, 2014

Carta salasilah untuk sebuah silaturrahim...

ALHAMDULILLAH syukur ke hadzrat Ilahi kerana dengan limpah perkenanNya jua blog ini berjaya dibina.  Tujuannya hanya satu iaitu untuk membina dan memperkukuhkan silaturrahim dikalangan keluarga besar Ujang bin Baba.

Selepas kita meneliti carta salasilah di bawah maka terserlahlah bahawa antara kita punyai pertalian darah yang cukup kuat. Sebelum ini ramai dikalangan kita tidak pasti dan kabur tentang hubungan sesama kita walaupun biasa bersua dan bertemu wajah.

Carta salasilah ini diharap mampu merungkai persoalan tentang hubungan sesama kita sekaligus memperkenalkan kita dengan datuk nenek moyang kita yang sebenar.
 
Justeru itu penghargaan tidak terhingga kepada ahli-ahli 'whatsapp group' WARIH DEN yang telah  'bergotong royong' melengkapkan carta salasilah kita semua.

Mudah-mudahan akan tercetus dan terbina silaturrahim diantara kita. Sebuah keluarga besar Ujang bin Baba bin Raja Ngah.

Monday, August 18, 2014

Raja Ngah dan Ujang seperti yang diceritakan oleh Aziz

ANAK bongsu Ujang  bernama Aziz yang kini menetap di Kampung Semerbok, Kota, Negeri Sembilan menceritakan bahawa Raja Ngah adalah seorang pejuang Bugis yang menentang Belanda di Kepulauan Melayu.

Menurut Aziz lagi, Raja Ngah masuk ke Rembau melalui Kuala Penajuh (Kuala Linggi). Beliau berkahwin dengan orang tempatan (Sawar Raja).

Berkenaan dengan ayahnya Ujang, Aziz memberitahu bahawa beliau lahir dan membesar di Kampung Semerbok. Ujang juga berkahwin dengan orang kampung tersebut.

Aziz menambah ayahnya disaat akhir hayat berpesan kepada anak-anaknya supaya jangan bergaduh adik beradik.

Ujang meninggal dunia pada 12hb September 1960 diusia 70 tahun.