ANAK bongsu Ujang bernama Aziz yang kini menetap di Kampung Semerbok, Kota, Negeri Sembilan menceritakan bahawa Raja Ngah adalah seorang pejuang Bugis yang menentang Belanda di Kepulauan Melayu.
Menurut Aziz lagi, Raja Ngah masuk ke Rembau melalui Kuala Penajuh (Kuala Linggi). Beliau berkahwin dengan orang tempatan (Sawar Raja).
Berkenaan dengan ayahnya Ujang, Aziz memberitahu bahawa beliau lahir dan membesar di Kampung Semerbok. Ujang juga berkahwin dengan orang kampung tersebut.
Aziz menambah ayahnya disaat akhir hayat berpesan kepada anak-anaknya supaya jangan bergaduh adik beradik.
Ujang meninggal dunia pada 12hb September 1960 diusia 70 tahun.


No comments:
Post a Comment